GUNUNG KERINCI: MISI KIBARAN BENDERA UTHM 25 TAHUN

14 Februari 2018 - 3 orang pensyarah Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan Dr. Nur Kamilah Yusuf, Dr. Zulafif Rahim dan Dr. Nor Azali telah berjaya merealisasikan misi bagi mengibarkan bendera UTHM bersempena 25 Tahun penubuhan universiti ini di puncak gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia.
Misi kibaran bendera di Gunung Kerinci ini merupakan latihan bagi persediaan pensyarah ke dua misi seterusnya iaitu kibaran di puncak tertinggi di Asia Tenggara (Kinabalu, 4095m) dan kem dasar tertinggi di dunia (Kem Dasar Everest 5364m).
Gunung Kerinci atau Puncak Indrapura adalah gunung berapi aktif tertinggi di Indonesia (3805 meter dari paras laut). Gunung Kerinci terletak di daerah Jambi sekitar 130 km sebelah selatan Padang. Gunung ini dikelilingi hutan Taman Nasional Kerinci Seblat dan merupakan habitat harimau sumatra dan badak sumatra.
Info lain tentang Gunung Kerinci:
1. Merupakan gunung berapi yg masih aktif dan kali terakhir meletus pada tahun 2009.
2. Gunung tertinggi di Sumatra.
3. Gunung berapi tertinggi di Indonesia.
4. Puncak tertinggi di Indonesia di luar Papua.